===== SELAMAT BERBELANJA DI RUMAH MUSLIM - SEMOGA BERKAH =====


The Shop

LoadingUpdating...

Aisyah

Judul Asli: Aisyah the True Beauty

Penulis: Sulaiman an-Nadawi
Penerbit: Pena Pundi Aksara
 
Berat : 800 gram
Detail Produk:
hardcover, 468 halaman

Buku ini adalah karya Sulaiman an-Nadawi, ulama terkemuka dari Universiti Nadwatul Ulama. Beliau adalah guru kepada Syeikh Abul Hasan Ali al-Hasani an-Nadawi. Keistimewaan buku ini terletak pada kajiannya berkenaan pengetahuan serta sejarah hidup Aisyah Ummul Mukminin. Aisyah adalah sumber rujukan intelektual para sahabat terkemuka.


Sejarah mencatatkan, para sahabat banyak belajar berkenaan masalah agama dan hukum fikah daripada Aisyah. Ini kerana, pengetahuannya sangat luas dalam bidang itu. Aisyah menjadi sumber yang tidak diragukan dalam bidang ilmu pengetahuan, masalah agama serta Quran dan sunah. Di samping itu, beliau diketahui sangat berhati-hati semasa mengulas sebarang masalah peribadi. Di samping mengetahui banyak rahsia peribadi Nabi Muhammad, Aisyah juga mengisahkan banyak hadis yang didengarnya daripada beliau secara langsung.


Di dalam buku ini, Sulaiman an-Nadawi mengupas kehidupan Aisyah, kedudukannya dalam bidang hadis dan fikah, pengetahuan agamanya, pandangannya dalam masalah hidup seharian, ke-istimewaan dan karakter peribadinya, serta pengetahuannya yang mendalam berkenaan hukum Islam.


Selain itu, buku ini juga mengisahkan kecerdasan Aisyah, cintanya pada sunah Nabi Muhammad, cita-citanya dalam menerapkan sunah itu ke dalam hidup orang Islam daripada segala segi, baik bersifat peribadi mahupun daripada sudut sosial.


Saya menghargai usaha penterjemah dan penerbit yang meng-hasilkan buku dalam bentuk yang menarik dan menawan ini. Saya berdoa supaya Allah menerima amal baik semua pihak yang terlibat dalam menerbitkannya. Saya berharap buku ini dapat menjadi penyumbang kepada akademik dan keagamaan yang besar nilainya di dunia dan akhirat serta menambah himpunan khazanah kesusasteraan Islam.














Harga: Rp.85.000

<< Previous Product -    - Next Product >>